scootering server overload feedback
Jan 30th, 2009 by fairx
Bermula dari semalam (lingkungan 29 Januari 2009) server forum scootering.com.my telahpun digantung sementara oleh pihak hosting kerana melebihi had cpu dibenarkan.
Aku (fairx aka admin) tengah cuti kat kampung, so memang takde maxis dan line rumah pun kengkawan rapat je yang tahu. So, malam tadi masa aku balik ke kedai baru la masalah server ni aku dapat tau. Malam tadi jugak perbincangan dengan pihak hosting untuk membolehkan forum online semula.
Sementara tu aku backup dulu Mysql database. Tudia.. besar jugak db scootering nih. tahun sudah separuh ke saiznye.
Tengah malam, aku dapat access balik ke forum dengan temporary password untuk direktori /forum. Terus je aku backup semua data yang penting terutamanya attachment & galeri.
Pukul 2 pagi backup direktori & mysql selamat dipindahkan ke server backup. Tetapi perbincangan lanjut ngan hosting memberi nafas baru kepada forum; syaratnya tiada lagi cpu hogging. Aku percaya selama ni cpu hogging berpunca dari public_html yang penuh dengan apache core dump.. penuh sampai full 10000MB data hosting.
Lepas siasat barulah aku pasti apa yang bermasalah dengan apache core dump. Upgrade 1 script forum dengan bantuan smf dev forum. Harap2 penyelesaian masalah ni kekal & tak menggangu lagi.
Pukul 3 pagi hosting kontek aku bagi kebenaran untuk akses umum direktori /forum. lega aku.
Tengahari, lepas aku bangun tido dan setel kerja, aku buka H/P, ada mesej dari Ijas. Sori Jas, aku memang x dapat line masa kat kampung, pastu plak aku tutup HP sebab nak fokus kepada forum restoration. Lepas berbalas sms ngan Ijas dia report kat aku masih ramai yang tak dapat akses forum.
Harap kat sini anda semua dapat beri feedback masalah akses ke forum. silalah reply. buat sementara waktu semua orang boleh reply tanpa register.
fairx..
ak msih xleh access la drpd smalam.
smalam restricted.hrini plak bkak forum tp xkuar home page
pls kindky assist.TQ
try masuk terus macam ni:
http://www.scootering.com.my/forum/index.php
Ramai yg tak bole reply lagi le Bro Iwan….
Bukan semua thread online skang.. hanya topik tertentu sahaja yang berfungsi seperti biasa. yang lainnya hanya read only. so memang tak boleh reply.
Masalah sepatutnya dah selesai. Isu login pun sepatutnya bukan masalah.
Kalau semuanya OK malam nanti mungkin akan buka semua thread macam biasa.
I have been looking looking around for this kind of information. Will you post some more in future? I’ll be grateful if you will.